Tuesday, August 10, 2010

Ibadat & Jihad


Pulang daripada demonstrasi anti-yahudi seorang pakcik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.



Pakcik: Puas hati.Kami dah bakar bendera Israel.Hancur luluh dibuatnya.Gambar perdana menteri Israel pun banyak yang kami robek-robekkan.Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang ,kami dah bakar kedutaan amerika.Tapi kami masih rasional.


Saya mengangguk kepala sahaja.


Pakcik: Tel Aviv akan bergegaar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia islam.Dijangkakan banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan.Awak jangan lepaskan peluang.

Saya cuma mengangguk.Mungkin kerana demam saya banyak diam.Lagipun saya telah berjanji pada diri,dalam berinteraksi perlu jadi pendengar.


Pakcik: Eh,awak tidak ada renspons lansung.Baru demam sikit..janganlah begitu.Rakyat palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan.itu lagi teruk.


Kali ini saya senyum.Saya bersuara perlahan,


Imam: Saya sokong tindakan pakcik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman yahudi.


Pakcik: Bagus.Suara saya serak melaungkan takbir semalam .Dada ni selalu sakit-sakit sejak akhir-akhir ni.


Imam: Kenapa pakcik?


Pakcik: Rokok dik.Semuanya pasal rokok ni.


Imam: Pakcik hisap rokok apa? (Saya mula teruja untuk berbual.)


Pakcik: Masih Winston.Dah sebati sejak dulu.


Imam: Winston from America? (bisik saya perlahan)


Kali ni pakcik tu pula mengangguk-angguk.


Pakcik: Sakit-sakit pun pakcik masih kuat berdemonstrasi.Apa pandangan adik dengan demontrasi ini? (kilasnya mengalih arah perbualan)


Imam: Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu. (tegas saya)


Pakcik: Apa dia?


Imam: Solat subuh berjemaah


Pakcik: Kita cakap bab jihad,awak bercakap bab ibadat.(muka pakcik itu mula memerah,tangannya mula digenggam)


Imam: Jihad dan ibadat tidak terpisah.Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.


Pakcik: Kita mesti sanggup memikul senjata.


Imam: Betul.Tetapi kuakkan dulu selimut yang menutup ummat yang masih tidur menjelang subuh.


Pakcik: Saya tak faham.


Imam: Pakcik,Israel mesti ditentang dengan cara yang menyakitkan mereka.


Pakcik: Apa yang menyakitkan mereka?


Imam: Mereka bimbang sekiranya bilangan orang islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang islam yang solat jumaat! Ini diakui oleh golongan cerdik pandai mereka sendiri.


Pakcik: Jadi?


Imam: Sebaik-baik demonstrasi adalah didik umat ini dirikan solat subuh secara berjemaah di surau dan masjid.Solat itu hubungan kita dengan Allah.Jangan harap musuh akan kalah,kalau Allah tidak bantu kita. Lihat sejarah Badar atau Khandak,bagaimana Rasullullah s.a.w dan sahabat akrab dengan Allah.Lihat pula Salehuddin Al-Ayubbi,lihat Muhammad Al-Fateh bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.


Hampar terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar.Saya menarik nafas panjang.Kembali merenung pakcik tersebut dengan senyuman.


Pakcik: Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu.mana kemarahan awak?


Imam: Bakar bendera Israel boleh saja.Ayuh bakarlah.Tetapi jangan membakar rokok America dan sekutu yahudi yang lain,itulah yang lebih perlu.Cukup kalau sebulan sahaja umat islam berhenti merokok,mungkin jumlahnya sahaja sudah berjuta-juta ringgit.Dan dengan wang terkumpul itu kita boleh hantar banyak lagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!


Pakcik: Awak sindir saya.


Imam: Pakcik,saya tidak menyindir.Kebanyakkan ummat islam termasuk kita,hanya bencikan yahudi pada mulut sahaja tetapi tidak pada tindakan.


Pakcik: Saya dah bertindak.Saya dah demonstrasi.


Lagi-lagi ke situ fikirnya.


Imam: Pakcik,dalam Al-quran Allah tegaskan orang yahudi tidak akan redha selagi kita umat islam tidak mengikuti cara hidup mereka.


Pakcik: Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?


Imam: Pakcik,lihat betul-betul.Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup islam?


Pakcik: Kita orang islam,cara hidup kita mesti islam.


Imam: Tidak pakcik.Ramai umat islam yang tidak amalkan cara hidup islam.


Pakcik: Contoh?


Imam: Dedah aurat,pergaulan bebas,arak,judi,riba,abaikan solat,budaya hedonism dan dualism masih berakar umbi dalam masyarakat kita.Lihat sahaja unsur tahyul, mistik,seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat islam.Tidak ikut cara hidup islam bererti terperangkap dengan cara hidup mengikut kefahaman kapitalis,sosiolis mahupun liberalis.


Pakcik tu terkejut sedikit lantas menyampuk,


Pakcik: Mana yahudinya? Awak kata yahudi tapi yang awak sebut golongan liberalis,kapitalis dan sosiolis?


Imam: Ketiga-tiga fahaman itu sama.


Pakcik: Sama?


Imam: Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama…zionis yahudi!


Pakcik: Jadi demonstrasi ini tak berfaedah?


Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.


Imam:Ada faedahnya.tetapi ia bermusim dan agak bersifat artifisial.Kita perlu agenda yang konsisten dan genuine.


Pakcik: Misalnya?


Imam: Ajak umat islam serius dalam menunaikan solat lima waktu dengan penuh penghayatan, sehingga dengan solat itu kita mampu meniggalkan kejahatan dan kemungkaran.


Pakcik: Lagi?


Imam: Pakcik, cara hidup islam tu terlalu banyak.Dengan mengamalkannya satu-persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap yahudi.Apabila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonism,ertinya kita boikot cara hidup yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Hollywood.


Pakcik: Idola America?


Imam: Ya.Juga idola kita yang meniru persis mereka.Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.


Pakcik tu terbatuk-batuk.Saya urut belakangnya.


Imam: Dah lama pakcik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya pakcik.(kata saya seakan-akan merayu) Semangat pakcik kuat.Saya doakan pakcik berjaya.amin.


Pakcik: Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.


Imam: Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita.Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah,yahudi akan sakit hati.Tutup aurat remaja perempuan kita,yahudi akan sakit hati.Tingalkan riba,judi,arak,pergaulan bebas,insyaallah yahudi akan gigit jari.Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka,zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita bakar.Jeritan allahuakbar dalam demontrasi itu baik,bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya.Apakah Allah nilai laungan allahuakbar daripada umat yang tidak solat?


Pakcik: Eh,kami yang demonstrasi semua solat…


Imam: Bukan itu maksud saya.Tetapi seluruh umat islam ini.Saya risau kerana ada ujian yang menunjukkan 80% umat islam sudah tidak solat.Itu yang tidak solat lansung.Byanagkan pula yang solat tanpa ilmu,tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi zionis dalam erti kata sebenar?


Nombor giliran pakcik itu pun tiba.Dia melangkah perlahan ke bilik rawatan.Waktu ditinggalkan sendirian begitu,saya lontarkan pandangan ke luar klinik.Terus merenung dan berfikir.Terbayang wajah pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan kaca televisyen.


Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat selepas solat subuh berjemaah dan sebelum itu dimulai dengan qiamullail dan qunut nazilah.Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi,para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup islam dalam diri,keluarga,jabatan,unit,organisasi,masyarakat dan bahagian masing-masing.Bukan hari itu sahaja… Tetapi hari-hari.Setiap hari!


Ah,bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh yahudi?


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sekali-kali tidak akan redha orang yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikut cara hidup mereka.


Alangkah baiknya jika jeritan allahuakbar dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam system kehidupan sekaligus “mengecilkan” pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan alam ini.


Monday, August 2, 2010

Creating Graphical Object




























Chemsketch is the easiest to use,most powerful program for drawing chemical structures,reaction,schematic diagrams and designing other c
hemistry-related reports and presentations.It is amazing that ChemSketch is freeware because it is a quite powerful chemical structure drawing program.One of its few drawbacks is that it is somewhat complicated to learn.However if you have any experience with drawing programs then some aspects of it should be easier for you to learn.

All of the limitations on Freeware and also the Frequently Asked Questions (FAQs) can be found on the we site at http://www.acdlabs.com/products/chem_dsn_lab/chemsketch/tech.html.